Sunday, February 22, 2009

hoping for a better day tomorrow..


Salam guyss...lama giler xdapat jenguk2 blog sendiri..huhu..last week aku bz sngat ngan test2 xsempat nak masuk chat n update blog..minggu nie aku nak rest jer..xnak pikir aper2 pon..hehehe..rindu nak chat ngn member2 nie..huhu..minggu lepas aku tension gilerr..smpai bangun tido pon berat jer kepala nie..mostly benda yg ader dlm pala aku nie pasal study laa..mn xtension nyer..tiap2 hari ader test..nak pecah jer pala aku nie..last week gak laptop aku wat hal..hpon aku rosak..tersekso aku..jiwa pon bnyk kaco..kandng2 sedih yg terlampau..kadng2 happy..kadng2 bnyak merungut kadng2 frust..mcm2 laa biler otak dah xstabil..hehe..thnx u gak kat member2 yg kasi sokongan moral aku selama seminggu nie..tima kasih bnyak2..

Aper2 pon dlm kondisi aku mcm nie laa aku leh tahu diri aku sebenarr..sejauh mana aku bleh handle mental aku nie..aku nie semngat xkuat..cepat merungut..terburu2..xpikir panjng biler buat sesuatu..kandng2 bnyak sngat pikir smpaii orng sekeliling aku pon letih tengok keadaan aku nie..aku bleh detect sume pasal kelemahan aku nie tapi agak susah laa aku nak ubah..coz nie bukan pasal perangai yg kita leh ubah2..bleh control2..nie pasal mental biler kiri kanan aku tersepit baru kuar sume benda nie tapi xbermakna aku xnak ubah..mungkin orng kena motivate aku bnyak2..hhihihi..k lah guyss..nak happy2 jer minggu nie..nnti aku update lagi ekk..Salam..

Wednesday, February 18, 2009

love..


TIADA SEBAB UNTUK MENYINTAI... HANYA HATI MERASAKAN..
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya?
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan disebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu akutidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang...Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati....."'Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari.... Dia datangkan petir dan kilat.. kita tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar.....tetapi...rupanya-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...'.